Isu bubar Parlimen tidak dibincang dalam mesyuarat Kabinet, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menafikan ada perbincangan mengenai pembubaran Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Oktober, 2020.

PEMBUBARAN Parlimen tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi, kata Ismail Sabri Yaakob.

“Ada mesyuarat Kabinet sebelumnya. Isu pembubaran Parlimen tidak dibincangkan dalam Kabinet (mesyuarat) hari ini,” kata menteri kanan itu semasa sidang media keselamatan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai tangkap layar perbualannya dengan rakan Kabinet lain yang tular di media sosial, kononnya mengenai pembubaran Parlimen.

“Walaupun saya tidak seharusnya mengatakan ini, tetapi berhubung perkara itu, ia tidak dibangkitkan dan juga tidak dibincangkan,” tambahnya.

Beliau maklumat palsu itu memberi maklumat yang salah kepada orang ramai.

“Kita harus menyaring maklumat dan bukan terus mempercayainya,” tambah beliau.

Hari ini, mesyuarat Kabinet diadakan untuk membincangkan perkembangan bagi tempoh 24 jam terakhir, termasuk penolakan Yang di-Pertuan Agong terhadap cadangan kerajaan melaksanakan darurat untuk memerangi pandemi Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan khas itu untuk membincangkan keputusan Agong, yang menyatakan tidak perlu isytihar darurat di mana-mana bahagian dalam negara ini bagi memerangi jangkitan membawa maut itu.

Agong berkata kerajaan melakukan tugas dengan baik dalam menangani krisis Covid-19 dan mendesak ahli politik menghentikan semua permianan politik yang mengganggu kestabilan kerajaan yang memerintah.

Parlimen akan memulakan persidangan sesi ketiga tahun ini pada 2 November, dengan Belanjawan 2021 dijangka dibentangkan pada 6 November. – 26 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen