Zahid minta cybertrooper Umno pikat golongan muda di media sosial


Jason Santos

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) bersama pimpinan Umno Sabah, dan cybertrooperpada Konvensyen Biro IT Umno Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 16 Disember, 2017.

CYBERTROOPER Umno diminta untuk meningkatkan kehadiran sosial mereka untuk menangkis serangan pembangkang dan bagi memikat pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan pilihan raya umum ke-14 semakin hampir.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi turut meminta 1,300 penyokong Umno dan cybertrooper parti itu untuk bersiap sedia menjawab propaganda pembangkang dan untuk menjangkau generasi muda Malaysia berusia 18 hingga 29 tahun. 

Daripada kumpulan umur ini, 92% daripada mereka adalah pengguna media sosial yang aktif, katanya. 

“Banyak kali serangan dibuat oleh pihak yang anti-Umno dan anti-BN di media sosial, membantu masyarakat membina persepsi negatif kepada kita. 

“Saya akui BN tewas dalam permainan persepsi di media sosial sejak pilihan raya umum ke 12 dan 13,” kata Zahid pada Konvensyen Biro IT Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Zahid, yang juga naib presiden parti menjalankan tanggungjawab sebagai timbalan presiden, berkata pembangkang telah menghantar kempen mereka untuk latihan di luar negara seperti Taiwan.

Namun tambahnya, BN juga akan bersiap sedia untuk “berdepan dengan berita palsu” kerana cybertrooper pakatan pemerintah sendiri menjalankan latihan. 

Ahmad Zahid turut menyelar cara pembangkang menjalankan serangan mereka terhadap BN, yang katanya melibatkan pencarian rahsia, mempermainkan dan menghina orang.

“Ada yang mengatakan mereka hanya mengamalkan hak kebebasan bersuara mereka di atas nama demokrasi, tetapi realitinya, mereka menggunakan platform media sosial untuk mempermainkan dan menghina orang lain. 

“Dan bila ada yang marah, mereka merasakan ia sebagai satu kejayaan. Ini tidak boleh diterima,” katanya. 

Daripada pendekatan ini, beliau menasihatkan cybertrooper Umno untuk menggunakan taktik persuasif yang lebih lembut dalam memikat golongan muda Malaysia untuk menyokong BN. 

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Musa Aman, timbalan ketua menteri, ahli Kabinet negeri, dan pengerusi biro IT Umno Ahmad Maslan.  – 16 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • media sosial menjadi medium bg menyampaikan berita pada masa kini..jd ia merupakan satu pendekatan yg tepat utk memikat hati para pengundi muda..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan