Sarawak akan teruskan pilihan raya negeri, kata Abang Johari


Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata ia berikutan kemampuan kerajaan negeri menangani pandemik Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2020.

SARAWAK akan meneruskan pilihan raya negeri kerana kerajaan negeri mampu menangani pandemik Covid-19, kata Abang Johari Openg.

Bagaimanapun menurut ketua menteri itu, beliau sendiri tidak tahu bila ia akan diadakan.

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak itu berkata beliau terkejut dengan bantahan untuk mengadakan pilihan raya ketika pandemik oleh pembangkang negeri.

“Jika kerajaan GPS boleh terus mentadbir, saya tak kisah (untuk tidak adakan pilihan raya Sarawak),” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal Dayak Daily ketika perasmian konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini.

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat penggalnya pada April, 2021.

Menurut sumber parti, GPS merancang untuk mengadakan pilihan raya negeri sama ada pada hujung thaun ini atau awal tahun depan. – 18 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen