Abang Johari kunci mulut berhubung mesyuarat GPS


KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg enggan mengulas mengenai mesyuarat bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi tadi.

Hanya mesyuarat biasa, katanya kepada pemberita tengah hari tadi di Kuching.

Apabila ditanya jika mesyuarat tersebut membincangkan mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Abang Johari menjawab “Tidak”.

Beliau juga berkata tiada apa-apa yang baharu daripada PRN Sabah.

Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insight mesyuarat yang turut dihadiri wakil-wakil rakyat GPS pagi tadi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya.

Setiap wakil rakyat yang hadir melaporkan perkembangan persiapan menghadapi pilihan raya dan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Pemerhati politik meramalkan pilihan raya negeri Sarawak diadakan awal tahun depan. – 30 September, 2020.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen