Hajiji umum rombakan kecil kabinet


KETUA Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor mengumumkan rombakan kabinet kecil hanya beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Rombakan itu melibatkan Barisan Nasional (BN) Bung Moktar Radin dan Timbalan Pengerusi Bersatu Masidi Manjun selepas dikhabarkan BN tidak berpuas hati dengan portfolio yang diberikan.

Hajiji berkata Bung yang pada awalnya diberi jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan menjawat Menteri Kerja Raya.

Selain perlu memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi juga akan menjadi Menteri Kewangan II negeri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa Menteri Kerja Raya adalah Bung. Masidi adalah Menteri Kewangan II serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media. – 29 September, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen