New York catat lebih 1,000 kes Covid-19 sehari 


Secara keseluruhannya keadaan kesihatan di New York meningkat sejak kemuncak krisis virus pada musim bunga. – Gambar EP, 27 September, 2020.

NEW York menyaksikan jumlah kes meningkat kepada lebih 1,000 sehari, kata pegawai tempatan pada Sabtu.

Angka tinggi ini belum pernah dilihat sejak 5 Jun, menurut statistik dikeluarkan oleh pejabat Gabenor Andrew Cuomo.

“Daripada 99,953 ujian yang dilaporkan semalam (Jumaat), 1,005 positif,” tulis Cuomo di Twitter.

“Sangat penting agar warga New York terus mempraktikkan tabit asas yang membolehkan kita melawan Covid-19 ketika kita memasuki musim musim luruh dan selesema,” tambahnya dalam satu kenyataan.

“Kami akan terus memantau data dan memaklumkan maklumat kepada penduduk New York sehingga mereka dapat membuat keputusan bijak untuk diri sendiri dan keluarga mereka.”

Secara keseluruhannya keadaan kesihatan di New York meningkat sejak kemuncak krisis virus pada musim bunga.

Restoran di bandar New York, akan dibenarkan menerima pelanggan di dalam premis mulai Rabu dengan kapasiti 25%.

Secara keseluruhannya Amerika Syarikat pada Jumaat mencatatkan 7 juta kes Covid-19 yang disahkan sejak bermulanya wabak ini.

Penyakit ini juga membunuh hampir 205,000 orang di negara ini, menurut angka dari Universiti Johns Hopkins. – AFP, 27 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen