Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia


Isteri kepada pelakon Allahyarham M. Rajoli itu juga pernah membintangi filem arahan Allahyarham P. Ramlee iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ pada 1966. – Gambar ihsan Facebook, 26 September, 2020.

BEKAS penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia 10 pagi tadi di kediamannya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Hanafiah dalam kenyataan hari ini berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit pada usia 80 tahun.

Wan Chik merupakan penyampai berita RTM yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Isteri kepada pelakon Allahyarham M. Rajoli itu juga pernah membintangi filem arahan Allahyarham P. Ramlee iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ pada 1966.

Sementara itu, Hafiz ketika dihubungi berkata, jenazah telah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat untuk urusan mandi dan solat jenazah dan Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas solat asar. – Bernama, 26 September, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen