150 pengusaha restoran, cef AS gesa undi Joe Biden


Kebanyakan restoran dan peniaga kecil di AS terpaksa menutup perniagaan mereka berikutan pandemik Covid-19.– Gambar EPA, 26 September, 2020.

LEBIH 150 pengusaha restoran dan cef di Amerika Syarikat menandatangani petisyen menggesa orang awam menyokong calon Demokratik White House Joe Biden.

Ia berikutan kegagalan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menangani pandemik Covid-19 yang menjejaskan industri mereka.

“Pentadbiran Trump gagal menangani pandemik,” menurut surat terbuka itu. “Kini, industri mengalami kerugian dianggarkan AS$24 bilion menjelang hujung tahun ini dan banyak restoran dan perniagaan kecil bakal gulung tikar.”

Sejak krisis bermula “industri restoran merayu untuk mendapatkan bantuan daripada pentadbiran ini..namun, dari setiap sudut, presiden gagal menanganinya.”

“Trump telah membuktikan dirinya tidak layak untuk menerajui pentadbiran. Beliau telah mengecewakan industri restoran, pekerja kami, pelanggan kami dan taruhannya terlalu tinggi untuk kami teruskan..Kita perlu undi Joe Biden sebagai presiden AS seterusnya,” menurut surat itu.

Kempen berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan nama individu yang menandatangani surat berkenaan.

Namun menurut majalah Eater, lebih 150 chef dan pengusaha restoran menandatangan dokumen berkenaan termasuk cef Elizabeth Falkner, cef pastri Duff Goldman, cef dan penulis buku masakan New York Anita Lo dan cef Nina Compton dari restoran Compere Lapin di New Orleans.

Malah ramai dalam kalangan mereka turut menyertai kempen untuk Biden.

Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada industri restoran dan hospitaliti di AS.

Di kebanyakan bandar raya, termasuk New York dan Los Angeles, retoran hanya membuka ruang makan luar.  – AFP, 26 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen