Mesir catat 121 kes baharu Covid-19


Mesir menyaksikan lonjakan jangkitan dan kematian harian akibat Covid-19 dengan 97 orang meninggal dunia pada 15 Jun dan 1,774 jangkitan pada 19 Jun. – Gambar EPA, 24 September, 2020.

MESIR semalam melaporkan 121 jangkitan baharu Covid-19 meningkatkan jumlah kes yang didaftarkan di negara ini meningkat kepada 102,375, lapor agensi berita Xinhua.

Seramai 16 lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kematian 5,822 orang, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed dalam satu kenyataan.

Sementara itu seramai 700 lagi pesakit sembuh dan diizin keluar hospital, menjadikan 91,843 orang pulih setakat ini.

Kes pertama Covid-19 di Mesir disahkan pada 14 Februari dan korban pertama dilaporkan pada 8 Mac.

Sekitar pertengahan Jun, Mesir menyaksikan lonjakan jangkitan dan kematian harian dengan 97 orang meninggal dunia pada 15 Jun dan 1,774 jangkitan pada 19 Jun, sebelum menurun pada minggu pertama Julai. – Bernama, 24 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen