Najib guna duit 1MDB beli tanah di Pulau Pinang, kata saksi


Najib Razak berdepan empat pertuduhan mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 15 September, 2020.

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa sebahagian daripada wang terbitan bon oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion bagi projek hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) digunakan untuk pembelian tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 48, berkata pembelian tanah itu merupakan antara inisiatif Umno ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  pada Mei 2013.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen