KP Kesihatan bimbang barisan hadapan mula leka SOP


Ragananthini Vethasalam

Malaysia menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang ketara untuk hari kedua berturut-turut, dengan jumlah jangkitan di seluruh negara kini mencecah 9559. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 September, 2020.

KHUATIR dengan kenaikan kadar jangkitan virus Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa beliau bimbang orang ramai menjadi leka dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP), termasuk barisan hadapan negara menghadapi wabak itu.

Beliau berkata bahawa bramai orang, bahkan pekerja kesihatan dan pekerja barisan hadapan yang lain, mulai memandang ringan nasihat Kementerian Kesihatan berhubung SOP Covid-19.

Peningkatan kes yang ketara telah mendorong angka purata RO (r-naught) kepada 1.72, yang berada di atas tahap kritikal 1.6.

Beliau menambah bahawa kadarnya meningkat hingga 1.72 dari 0.72 dua minggu lalu, menunjukkan risiko penularannya dalam kalangan masyarakat.

“Kementerian Kesihatan telah menyaksikan peningkatan pergerakan di kalangan orang ramai di Malaysia. Ada kemungkinan orang menjadi lebih leka dengan SOP,” katanya pada sidang media mingguan kementerian berhubung wabak Covid-19 di Malaysia.

Malaysia menyaksikan peningkatan kes Covid-19 yang ketara untuk hari kedua berturut-turut, dengan jumlah jangkitan di seluruh negara kini mencecah 9559.

Terdapat 100 kes dilaporkan dalam masa 24 jam lalu dengan sebilangan besar kes berasal dari kluster Benteng Lahad Datu di Sabah, yang berpunca daripada kesesakan di lokap polis, selain kluster Sungai di Kedah yang bermula dengan pekerja kesihatan di sebuah kemudahan swasta. – 8 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen