Korea Selatan sedia dana AS$16.8 bilion untuk projek 'New Deal'


Korea Selatan mengumumkan negara itu akan melabur 160 trilion won pada 2025 di bawah pakej rangsangan Julai lalu.– Gambar EPA, 3 September, 2020.

KOREA Selatan akan menyediakan dana bernilai 20 trilion won (AS$16.8 bilion) untuk tempoh lima tahun, bertujuan mempromosi projek ‘New Deal’ yang bakal menyaksikan jutaan pekerjaan diwujudkan di samping merancakkan kembali ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Dana itu merangkumi pelaburan bernilai tiga trilion won daripada kerajaan, empat trilion won institusi kewangan dikendalikan kerajaan dan 13 trilion won dari firma kewangan swasta serta orang awam, kata Menteri Kewangan Hong Nam-ki pada Khamis.

Untuk menggalakkan orang awam melabur dalam dana itu, kerajaan akan menawarkan insentif cukai, kata Hong.

Pada Julai, Korea Selatan mengumumkan negara itu akan melabur 160 trilion won pada 2025 di bawah pakej rangsangan yang akan mewujudkan 1.9 juta peluang pekerjaan dan memulihkan ekonomi.

 ‘New Deal’ mengetengahkan 28 projek termasuk dalam industri berkaitan bahan api fosil serta perkhidmatan telekomunikasi kecerdasan buatan dan generasi kelima (5G). – Bernama, 3 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen