Cari penyelesaian terbaik isu tanah pekebun durian Raub, kata ahli Parlimen 


Pekebun durian di Raub kini berusaha menyelamatkan kebun mereka daripada diambil alih kerajaan negeri yang menuduh mereka menceroboh tanah kerajaan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 Ogos, 2020.

KERAJAAN negeri Pahang digesa untuk mencari penyelesaian terbaik dalam pertikaian pekebun durian Musang King yang menyumbang kepada ekonomi negara. 

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, kerajaan negeri perlu mencari penyelesaian yang memberi kelebihan kepada kerajaan negeri dan pekebun itu sendiri. 

“Walaupun pekebun yang mulakan dengan menggunakan tanah kerajaan, mereka telah lemabur dengan banyak dan inilah masanya kerajaan negeri mencari penyelesaian yang memberi kelebihan kepada negeri dan pekebun yang bekerja keras selama ini,” katanya.

“Kerajaan negeri perlu mencari formula untuk mengutip hasil bersama dan mengembangkan model perniagaan strategik dengan pekebun.”

Timbul kebimbangan apabila sebahagian besar tanah hutan di Raub diteroka untuk penanaman durian. 

Hal ini menyebabkan kerajaan negeri menyewakan hak tanah pertanian kepada Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd, yang akan berunding dengan pekebun yang dituduh menceroboh tanah kerajaan. 

Adun Tras Chow Yu Hui berkata syarikat berkenaan “mengambil alih” tanah dan kebun durian dan mengenakan levi tinggi kepada tanah serta menghaang mereka masuk ke tanah berkenaan. 

Wakil rakyat DAP itu berkata pekebun bekerjasama dengan Perikatan Selamatkan Musa King (Samka) untuk membantah kontrak yang mana mereka dakwa dipaksa untuk ditandatangan dengan syarikat terbabit. 

Kontrak termasuklah RM6,000 levi per 0.4 hektar tanah tahun ini dan menjual Musang King Gred A pada kadar tetap RM30 per kilo kepada syarikat itu sahaja bagi untuk dua tahun.

Fuziah berkata sekatan yang dikenakan kerajaan negeri di kebun berkenaan adalah “keterlaluan”.

“Tindakan mengadakan sekatan jalan dan menghalang pekebun masuk adalah keterlaluan. Ianya tidak perlu.” – 26 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen