Sri lanka, Myanmar bincang wujudkan laluan udara langsung


Sri Lanka sedang berbincang dengan Myanmar Airways International untuk mewujudkan hubungan udara langsung antara kedua-dua negara. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2020.

SRI Lanka sedang berbincang dengan Myanmar Airways International (MAI), sebuah syarikat penerbangan swasta berpusat di Myanmar, untuk mewujudkan hubungan udara langsung antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Duta Besar Sri Lanka ke Myanmar Nalin de Silva menekankan pentingnya hubungan budaya dan sejarah  antara Sri Lanka dan Myanmar dalam pertemuan yang diadakan dengan pengurusan tertinggi MAI.

De Silva menekankan hubungan udara langsung dalam mempromosi pelancongan di kedua-dua negara, kata kenyataan itu.

Menurutnya pengunjung kedua-dua negara menghabiskan banyak masa  dalam perjalanan sedangkan waktu sebenar penerbangan hanyalah kurang daripada tiga jam. – Bernama, 11 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen