Deepak gagal masukkan nama Najib dan 7 yang lain dalam saman P I Bala


Selain Najib dan Rosmah, individu lain adalah adik-beradik Najib, Mohd Nazim dan Ahmad Johari, peguam Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Arulampalam Mariampillai serta Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Ogos, 2020.

MAHKAMAH Tinggi hari ini menolak permohonan ahli perniagaan, J.R.Deepak Jaikishan bagi memasukkan nama bekas perdana menteri Najib Razak dan tujuh yang lain sebagai pihak ketiga dalam kes saman difailkan keluarga penyiasat persendirian, mendiang P, Balasubramaniam.

Peguam David Mathews, mewakili Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan tersebut dalam kamar.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen