AS lulus AS$104 juta beli picagari untuk vaksin Covid-19


AS lulus pembelian picagari baharu bernilai lebih AS$100 juta untuk mengurus vaksin Covid-19, kata Jabatan Pertahanan AS. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2020.

PENTADBIRAN Donald Trump meluluskan pembelian picagari baharu bernilai lebih AS$100 juta untuk mengurus vaksin Covid-19, kata Jabatan Pertahanan AS dalam siaran akhbar.

“Pada 4 Ogos, Pasukan Petugas Perolehan Bersama (JATF) Jabatan Pertahanan, sebagai menyokong Simpanan Strategik Nasional (HHS) Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (SHS), memberi kontrak AS$104 juta untuk membeli picagari dan jarum keselamatan ,” lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan itu semalam.

Jabatan Pertahanan menjelaskan langkah itu akan membolehkan pentadbiran vaksin yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan di seluruh negara sebaik sahaja ia tersedia.

“Picagari dan jarum keselamatan sangat penting untuk strategi pemvaksinan Covid-19 negara, menyediakan sejumlah 500 juta jarum suntikan keselamatan sepanjang tempoh 12 bulan, dengan lebih 134 juta daripada jumlah keseluruhan disampaikan pada akhir tahun 2020,” kata siaran media itu.

Enam syarikat tersebut ialah Duopross Meditech Corporation (AS$48 juta), Cardinal Health Inc. (AS$15 juta), Gold Coast Medical Supply, LP (AS$14 juta), HTL STREFA (AS$12 juta), Quality Impact, Inc. (AS$9 juta), dan Medline Industries, Inc. (AS$6 juta). – Bernama, 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen