Guan Eng gesa Muhyiddin jelaskan penyelesaian dengan Goldman Sachs


Perjanjian penyelesaian antara Goldman Sachs dan Malaysia lebih menguntungkan bank pelaburan itu. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2020.

GOLDMAN Sachs mendapat keuntungan kerana membayar jumlah jauh lebih sedikit kepada Malaysia berbanding diminta oleh Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mendapatkan semula dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jumlah bayaran dikeluarkan oleh bank pelaburan itu, AS$2.5 bilion sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menyelesaikan saman jenayah, menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketelusan terhadap perkara berkaitan kepentingan awam, katanya.

Lim berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mesti menjelaskan mengapa Malaysia membenarkan bank itu mendapat manfaat.

“Malah Goldman Sachs mengesahkan ini adalah satu perjanjian yang bagus bagi menyelesaikan semua proses jenayah dan prosiding di Malaysia terhadap (bank).

“Bukan sahaja tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarah akan digugurkan, tiada tuduhan selanjutnya akan dikenakan terhadap Goldman Sachs, anak syarikatnya, atau mana-mana pengarah, pegawai dan pekerja mereka yang berkaitan dengan 1MDB,” kata Lim, yang merupakan ahli Parlimen Bagan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, hanya bekas kakitangan Goldman Sachs Tim Leissner dan Roger Ng yang berdepan tindakan undang-undang.

Selain AS$2.5 bilion, perjanjian dengan Malaysia menyaksikan negara akan menerima sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion hasil daripada aset berkaitan dengan 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan di seluruh dunia. – 6 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen