Pasukan pengaman China hantar bantuan perubatan ke Beirut


Dua letupan besar menggegar pelabuhan Beirut pada Selasa yang menyebabkan 135 orang terbunuh manakala 5,000 yang lain cedera. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2020.

UNIT perubatan pasukan pengaman China ke Lubnan akan memberikan bantuan perubatan kepada Beirut, lapor agensi berita Xinhua.

Atas permintaan Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, tentera pengaman China ke-18 mewujudkan pasukan kecemasan terdiri sembilan pegawai perubatan. 

Petugas dan kenderaan sudah bersiap sedia dan akan ke Beirut dengan membawa bersama bekalan perubatan serta peralatan perlindungan, kata unit perubatan.

Dua letupan besar menggegarkan pelabuhan Beirut pada Selasa kira-kira 6.10 petang waktu tempatan (1510 GMT), meragut 135 nyawa dan kira-kira 5,000 yang lain cedera. – Bernama, 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen