Bekas presiden Colombia positif Covid-19


Bekas presiden Colombia Alvaro Uribe disahkan positif jangkitan koronavirus, sehari sebelum Mahkamah Agung memerintahkan beliau dikenakan tahanan rumah. – Gambar EPA, 6 Ogos, 2020.

BEKAS presiden Colombia Alvaro Uribe disahkan positif jangkitan koronavirus, sehari sebelum Mahkamah Agung memerintahkan beliau menjalani tahanan rumah.

Uribe berada dalam keadaan baik, kata parti Democratic Center.

Mahkamah yang bersidang pada Selasa berhubung kes saksi meminda pertuduhan, mengarahkan Uirbe, 68, dikenakan tahanan rumah selepas dipercayai berisiko untuk melakukan cubaan mengganggu keadilan.

Media tempatan spekulasi tentang kesihatannya selepas mendapati pasukan perubatan masuk ke rumahnya di utara Cordoba.

Uribe, yang juga senator, berdepan tuduhan rasuah dan penipuan prosedur yang boleh dikenakan hukuman lapan tahun di penjara jika sabit kesalahan di mana beliau menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat untuk mengganggu saksi.

Beliau bertegas mengaku tidak bersalah dan kekal popular dengan sokongan ramai kerana pendiriannya yang keras dalam memerangi gerila berhaluan kiri di negara itu, terutama Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Berita beliau dikenakan tahanan rumah menyebabkan protes di jalanan, daripada kedua-dua pihak – menyokong dan membencinya. – AFP, 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen