Datuk bandar Luton letak jawatan, langgar perintah berkurung


Tahir Malik meletak jawatan sebagai datuk bandar Luton susulan beliau hadir satu majlis ketika perintah berkurung dikuatkuasakan bulan lalu bagi sekat penularan Covid-19. – Gambar Facebook, 6 Ogos, 2020.

TAHIR Malik dilaporkan menghadiri satu majlis ketika perintah sekatan pergerakan sedang dikuatkuasakan bulan lalu bagi membendung penularan Covid-19, dengan topeng pelitup muka kelihatan di bawah muka, bukan menutup hidung dan mulutnya.

Media Sky News melaporkan Tahir yang juga ahli Parti Buruh berkata beliau menyesal hadir ke majlis itu dan berkali-kali memohon maaf.

“Sekali lagi saya menyesal dengan tindakan saya dan dengan ikhlas hati memohon maaf pada rakyat Luton kerana hadir ke majlis itu yang menyebabkan saya melanggar perintah sekatan Covid-19.

“Tidak ada alasan munasabah atas perbuatan saya. Saya patutnya lebih tahu dan saya bertanggunggjawab sepenuhnya atas tindakan saya,” katanya dipetik berkata.

Tahir berkata selepas berbincang dengan keluarga, beliau mengambil keputusan letak jawatan tanpa menunggu proses disiplin parti terhadapnya.

“Saya letak jawatan berkuatkuasa serta merta. Menjadi datuk bandar selama 15 bulan ini adalah satu penghormatan untuk saya,” katanya. – 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen