Parlimen: Tuduhan ‘Speaker berat sebelah’ panaskan sesi penggulungan


Kenyataan Ahli Parlimen pembangkang Yeo Bee Yin bahawa "Speaker berat sebelah" mencetuskan kekecohan hampir 10 minit ketika sesi penggulungan perbahasan usul di Dewan Rakyat petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2020.

KENYATAAN Ahli Parlimen pembangkang “Speaker berat sebelah” mencetuskan kekecohan hampir 10 minit ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di Dewan Rakyat petang ini.

Situasi mula ‘panas’ apabila Yeo Bee Yin (PH-Bakri) bangun mempertahankan dirinya menjawab dakwaan Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai empat daripada lima pembida yang berjaya dalam Projek Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3) adalah dari syarikat asing, ketika mencelah sesi itu.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen