Letupan di Beirut, Singapura zahir simpati


Sekurang-kurangnya 100 nyawa manakala lebih 4,000 lagi cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah gudang dipercayai tempat menyimpan bahan letupan di Beirut, Lubnan. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

KERAJAAN Singapura menzahirkan rasa simpati dengan kehilangan nyawa yang tragis dalam insiden letupan di Beirut, Lubnan pada 4 Ogos, menurut Kementerian Luar republik itu.

“Ucapan takziah kami sampaikan kepada keluarga mangsa dan rakyat Lubnan pada masa sukar ini,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu berkata rakyat Singapura di Lubnan yang berdaftar dengan kementerian telah dihubungi dan berada dalam keadaan selamat. 

Pada Selasa sekitar tengah malam waktu Singapura, Beirut menyaksikan satu kebakaran diikuti dengan letupan besar di sebuah gudang di pelabuhannya, dipercayai tempat menyimpan bahan letupan.

Letupan itu mencetuskan kemusnahan besar-besaran di seluruh bandar selain meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa manakala lebih 4,000 lagi cedera. – Bernama, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen