24,000 petugas kesihatan di Afrika Selatan dijangkiti Covid-19


Kira-kira 24,000 pekerja kesihatan di Afrika Selatan dijangkiti koronavirus, 181 di antaranya sudah meninggal dunia sejak wabak itu melanda negara berkenaan pada Mac. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

KIRA-KIRA 24,000 pekerja kesihatan di Afrika Selatan dijangkiti koronavirus, 181 di antaranya sudah meninggal dunia sejak wabak itu melanda negara berkenaan pada Mac, kata menteri kesihatan hari ini.

Afrika Selatan merupakan negara paling teruk terjejas di Afrika dengan sekurang-kurangnya 521,318 jangkitan didiagnosis setakat ini yang menyumbang kepada separuh kes di benua berkenaan.

Menteri Kesihatan Zweli Mkwize dalam satu sidang akhbar berkata jumlah pekerja kesihatan yang didapati positif koronavirus berjumlah 24,1014 orang dengan 181 kematian dicatatkan.

Jumlahnya diterjemahkan kepada sekitar lima peratus dari jumlah beban negara berbanding dengan kadar global sekitar 20 persen, katanya.

Kesatuan sejak awal pandemik sudah meningkatkan keprihatian mengenai keselamatan di hospital, ketersediaan, kualiti dan ukuran alat pelindung.

Menteri itu memberi amaran akan bertindak terhadap pentadbir hospital yang gagal memastikan keselamatan di tempat kerja.

Beban keseluruhan Afrika Selatan meningkat dengan pesat dalam beberapa minggu terakhir walaupun kenaikan harian baru-baru ini mulai perlahan.

Mkhize mengingatkan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai perkara ini.

“Setakat ini kami sudah berjuang dengan baik. Kami belum sampai ke tahap di mana kami tidak mempunyai ruang hospital untuk pesakit,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan sudah menjangkan peningkatan jangkitan selepas perintah pengurungan yang dikenakan pada 27 Mac dilonggarkan.

Mkize berkata negara itu “mungkin akan berdepan lonjakan kes pada akhir Ogos” tetapi memberi amaran bahawa risiko gelombang kedua tetap ada dan langkah-langkah keselamatan tidak diabaikan. – AFP, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen