16.2 juta rakyat Sri Lanka mula mengundi hari ini


Penduduk memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial sewaktu menunaikan tanggungjawab mengundi di Colombo, Sri Lanka. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

PENGUNDIAN untuk pilihan raya Sri Lanka bermula seawal 7 pagi Rabu, menyaksikan 16.2 juta pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih 225 anggota parlimen, lapor agensi berita Xinhua.

Pilihan raya diadakan dengan langkah-langkah pencegahan kesihatan yang ketat berikutan virus Covid-19 sudah menjangkiti lebih 2,800 orang di negara itu.

Suruhanjaya pilihan raya mewajibkan semua pengundi memakai pelitup muka dan membawa pen sendiri selain mematuhi jarak satu meter. 

Lebih 12,500  pusat mengundi dibuka di seluruh negara dan lebih 7,000 calon bertanding kali ini.

Pengundian tamat pada 5 petang Rabu waktu tempatan.

Presiden Gotabaya Rajapaksa pada Selasa mengatakan parlimen baharu akan bersidang pada 20 Ogos. – Bernama, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen