Kes Covid-19 India melepasi 1.9 juta 


Warga India memakai pelitup muka beratur untuk ke sebuah kuil di New Delhi. 857 kematian dilaporkan akibat Covid-19 sejak Selasa.– Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

KEMENTERIAN kesihatan India pada Rabu mengumumkan kes Covid-19 di negara itu sudah melebihi 1.9 juta iaitu mencecah 1,908,254.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik data kementerian, sebanyak 52,509 kes baharu dikesan dalam 24 jam lalu. Selain itu, 857 kematian dilaporkan sejak Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan korban sehingga Rabu seramai 39,795 orang.

Kadar kes sembuh di negara ini sebanyak 1,282,215 orang dan  terdapat sejumlah 586,244 kes aktif.

Selama beberapa minggu terakhir, India menumpukan untuk meningkatkan ujian sampel. Sehingga Selasa, sebanyak 21,484,402 sampel sudah diuji.– Bernama, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen