Elak protes, Kashmir diarah perintah berkurung


Tentera berkawal di deretan kedai yang sepi di Srinagar, Kashmir. India menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh wilayah itu. – Gambar EPA, 4 Ogos, 2020.

PERINTAH berkurung dikuatkuasakan di seluruh Kashmir, India dua hari sebelum ulang tahun pertama New Delhi memansuhkan kuasa semi autonomi wilayah itu, kata pihak berkuasa, semalam memetik laporan risikan bahawa akan berlaku protes.

“Sekata ini berkuatkuasa serta merta dan dikekalkan pada 4 dan 5 Ogos,” kata kerajaan di Srinagar.

“Perintah berkurung sepenuhnya dikuatkuasakan di daerah Kashmir,” kata pegawai polis kanan, yang enggan dinamakan.

Perintah berkurung penuh maknanya orang ramai hanya boleh bergerak jika ada pas rasmi, biasanya dikhaskan untuk perkhidmatan penting seperti polis dan perubatan.

Wilayah di Himalaya itu sudah pun dikenakan sekatan dalam usaha membendung penularan Covid-19, dengan kebanyakan aktiviti ekonomi sangat terhad dan pergerakan penduduk disekat.

Kenderaan polis dilengkapi pembesar suara kelihatan meronda di Srinagar pada waktu malam, dengan pegawainya mengarahkan penduduk duduk di dalam rumah sepanjang tempoh dua hari ini. – AFP, 4 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen