Menteri luar Lubnan letak jawatan


Lubnan telah berunding dengan Dana Monetari Antarabangsa kemungkinan untuk mengakses dana asing bagi menyelamatkan negara daripada keruntuhan ekonomi. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2020.

MENTERI Luar Lubnan Nassif Hitti menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Hassan Diab pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Hitti berkata “visi yang kabur mengenai masa depan Lubnan antara punca kepada pengunduran dirinya”, memetik kenyataan Kementerian Luar. 

“Tiada kemahuan untuk melaksanakan struktur reformasi seperti diminta masyarakat antarabangsa,” katanya.

Hitti menjelaskan keputusan diambilnya itu bukan sesuatu yang mudah dan beliau tidak akan membiarkan prinsipnya semata-mata demi kedudukan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Hitti mengunjungi Diab dan mengemukakan peletakan jawatannya tanpa membuat sebarang kenyataan.

Lubnan telah berunding dengan Dana Monetari Antarabangsa kemungkinan untuk mengakses dana asing bagi menyelamatkan negara daripada keruntuhan ekonomi. 

Tetapi kabinet sekarang gagal melaksanakan struktur reformasi yang diperlukan untuk mendapatkan dana diperlukan. – Bernama, 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen