400 syarikat Jepun muflis kerana Covid-19


Jumlah kes Covid-19 di Jepun mencecah 40,000, dengan lebih 1,000 kematian. – Gambar AFP, 3 Ogos, 2020.

JUMLAH syarikat muflis di Jepun disebabkan Covid-19 kini mencecah sebanyak 400, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin.

Menurut data firma perunding Teikoku Databank, jumlah syarikat paling banyak muflis adalah di sektor restoran dan perhotelan – masing-masing sebanyak 54 dan 48. Sebanyak 95 syarikat muflis dilaporkan di Tokyo manakala 41 di Osaka.

Darurat yang berkuat kuasa di Jepun selama satu setengah bulan sehingga akhir Mei, memberi kesan negatif kepada pelbagai sektor perniagaan. Pada masa sama, NHK dalam laporannya mengatakan pembuat kereta Jepun kembali ke tahap pengeluaran sebelum krisis untuk pasaran domestik.

Jumlah kes Covid-19 di Jepun mencecah 40,000, dengan lebih 1,000 kematian. 

Namun, kerajaan Jepun enggan mengisytiharkan sekatan pergerakan kali kedua, kerana berpendapat lonjakan kes jangkitan baharu itu berpunca daripada peningkatan saringan Covid-19. – Bernama, 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen