Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan keluar hospital


Pelakon Bollywood Amitabh Bachchan sebelum ini dirawat selama tiga minggu di hospital selepas disahkan positif Covid-19. – Gambar EPA, 3 Ogos, 2020.

PELAKON tersohor Bollywood Amitabh Bachchan dibenarkan keluar hospital semalam, selepas tiga minggu dirawat kerana disahkan positif Covid-19.

Anaknya, Abishek, yang juga pelakon terkenal, masih dirawat di hospital sama. 

“Saya sudah pulang. Saya akan jalani kuarantin di bilik saya,” tulis Amitabh di Instagram.

Menantunya, Aishwarya Rai dan cucunya, Aradhya, yang juga disahkan positif Covid-19 dibenarkan keluar hospital minggu lalu.

Mereka antara individu berprofil tinggi di India dijangkiti virus itu.

Semalam juga Menteri Dalam Negeri Amit Shah mengesahkan beliau posotif Covid-19.

“Saya mengalami gejala awal koronavirus, sudah diuji dan keputusannya positif,” umum Amit di Twitter semalam.

“Saya sihat, tetapi saya dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor.”

Amit, 55, adalah menteri Kabinet pertama yang disahkan dijangkiti Covid-19. Media tempatan melaporkan beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Gurgaon di barat Daya New Delhi.

Selain Amit, Ketua Menteri Karnataka B.S. Yediyurappa juga umum positif Covid-19 semalam. – AFP, 3 Ogos, 2020.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen