6 maut dalam letupan di Burkina Faso


Utara Burkina Faso sering jadi tumpuan keganasan, yang kini sudah membunuh lebih 1,000 orang dan hampir sejuta lagi hilang tempat tinggal sejak 2015. – Gambar AFP, 2 Ogos, 2020.

SEKURANG-KURANGNYA enam orang terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak, selepas sebuah peranti letupan (IED) meletup di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan dan pegawai kerajaan hari ini.

EID itu meletup ketika kumpulan mangsa melintasinya semalam, juga mencederakan empat yang lain, kata mereka.

Utara Burkina Faso sering jadi tumpuan keganasan, yang kini sudah membunuh lebih 1,000 orang dan hampir sejuta lagi hilang tempat tinggal sejak 2015.

Mangsa “yang hampir semuanya kanak-kanak dalam perjalanan pulang selepas bekerja di ladang gembalaan”, kata penduduk di Ouahigouya. “Kenderaan membawa mereka memijak periuk api itu.”

Serangan IED bertambah sejak 2018, membunuh hampir 200 anggota keselamatan dan orang awam mengikut pengiraan AFP. Serangan itu sering disusuli dengan serang hendap.

Keganasan yang sering berlaku disebabkan perang saudara sudah membunuh lebih 4,000 orang di Mali, Niger dan Burkina Faso, menurut data PBB. – AFP, 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen