Ahli Parlimen UK ditahan disyaki merogol


SEORANG ahli Parlimen dan bekas menteri kerajaan parti Konservatif di Britain ditahan selepas seorang pegawai khas parlimen mendakwanya merogol, melakukan serangan seksual, menurut laporan semalam.

Ahli politik itu tidak didedahkan namanya tetapi polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata kertas siasatan sudah dibuka.

“Pada Jumaat, 31 Julai, polis Metropolitan menerima satu laporan berkaitan empat kejadian berasingan membabitkan tuduhan kesalahan dan serangan seksual.

“Seorang lelaki berusia 50-an ditahan pada Sabtu kerana disyaki merogol. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin.” – AFP, 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen