WHO jangka lama lagi pandemik Covid-19 akan berakhir


WHO perlu memberi sokongan kepada negara-negara di dunia dalam bersiap sedia untuk mendapatkan vaksin dan ubat membanteras Covid-19. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2020.

PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran pandemik Covid-19 mungkin akan lebih lama lagi susulan ia perlu menilai semula keadaan semasa selepas enam bulan menggemparkan dunia.

Jawatankuasa kecemasan WHO yang mengadakan pertemuan pada Jumaat lalu membincangkan jangkaan jangka panjang wabak Covid-19 ini.

WHO juga memberi amaran akan ada risiko tekanan dalam konteks sosio-ekonomi.

Covid-19 setakat ini mengorbankan 680,000 nyawa dengan 17.6 juta kes jangkitan sejak kali pertama muncul di China pada Disember tahun lalu.

Panel itu yang terdiri daripada 17 ahli dan 12 penasihat, sepakat bersetuju pandemik itu masih ada.

Beberapa negara di seluruh dunia mengenakan peringtah berkurung yang ketat dalam usaha mengawal penularan wabak itu.

Panel itu menggesa WHO menyediakan garis panduan pengurusan Covid-19 bagi mengurangkan risiko terhadap tekanan sosioekonomi dunia.

Ia juga menggesa WHO memberi sokongan kepada negara-negara di dunia dalam bersiap sedia untuk mendapatkan vaksin dan ubat. – AFP, 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen