Mahkamah tetapkan Selangor tidak boleh cabar persempadanan semula pilihan raya


Bede Hong

Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan dalam  pelaksaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2017.

MAHKAMAH Tinggi hari ini memutuskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak boleh mencabar pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan dalam  pelaksanaan persempadanan semula, yang menurut beliau ia adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan itu.

Keputusan mahkamah itu bertentangan dengan semakan kehakiman yang difailkan kerajaan negeri Selangor tahun lepas yang tujuannya untuk membatalkan notis SPR bagi persempadanan semula.

Azizul membenarkan permohonan oleh peguam kerajaan negeri, Cyrus Das bagi menghalang SPR daripada meneruskan aktiviti kedua persempadanan semula di Semenanjung sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan.

Kerajaan negeri Selangor dijangka memfailkan rayuan terjadap penolakan semakan kehakiman tersebut.

SPR diberi tempoh sehingga September 2018 untuk melengkapkan pelaksanaan persempadanan semula, kata hakim.

Terdahulu, Azizul menolak permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan perlaksanaan persempadanan semula SPR yang akan menggariskan semula sempadan kawasan Parlimen yang menurut pembangkang melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Di Selangor, terdapat 22 kerusi Parlimen.

Prosiding hari ini dihadiri Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan negeri lain.

“Ini bermakna semua keadaan sekarang adalah status quo,” kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR kepada pemberita di luar mahkamah.

“Ini satu keputusan yang tepat kerana sekiranya penangguhan ini tidak diberi, maka rayuan kita akan menjadi academic sahaja dan tidak akan memberi kesan kepada hujah yang akan dikemukakan di mahkamah,” katanya.

Oktober lalu, Selangor memfailkan permohonan semakan semula dengan menamakan Pengerusi SPR, Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Selain membatalkan notis persempanan semula SPR, Selangor turut memohon satu pengisytiharan bahawa notis itu kekurangan butiran hingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat menjalankan hak Perlembagaan mereka untuk memfailkan bantahan.

Selangor juga memohon pengisytiharan bahawa SPR melanggar peruntukan Perlembagaan berkaitan persempadanan kawasan plihan raya yang menyebabkan ketidakseimbangan bilangan pengundi dalam kerusi.

Kerajaan negeri juga memetik kegagalan SPR menggunakan daftar pemilih yang terbaharu dalam pelaksanaan persempadanan semulanya dan daftar pemilih yang digunakan SPR tidak lengkap serta tidak tepat dan menjejaskan 136,272 pengundi di Selangor.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk mencabar atas alasan undang-undang bahawa kerajaan negeri tidak menerima kesan atau terjejas dengan pelaksaan SPR itu.

“Bagaimanapun, mahkamah mengambil maklum kegagalan SPR iaitu responden untuk mengemukakan hujahan balas di atas perkara-perkara yang fundamental (asa) iaitu gerrymandering dan malapportionment (gerimander dan salah pembahagian),” kata Azmin.

“Oleh kerana kerjaan negeri mengambil serius isu-isu gerrymandering dan malapportionment, kita akan mengemukakan rayuan di mahkamah yang lebih tinggi dan saya percaya hujah-hujah yang kita telah kemukakan itu cukup kuat untuk kita meyakinkan mahkamah bahawa rayuan kita ini adalah untuk melindungi dan mempertahankan hak penduduk di Selangor.” – 7 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kalu boleh cabar habis la bn

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan