Kementerian kaji sedia pelitup muka kepada golongan memerlukan 


Ragananthini Vethasalam

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam berkuatkuasa 1 Ogos ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan sedang meninjau untuk menyediakan pelitup muka kepada golongan memerlukan memandangkan pemakaiannya akan diwajibkan di tempat awam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. 

“Kita sedang meninjau untuk menyediakan pelitup muka kepada golongan memerlukan seperti B40,” katanya hari ini. 

Tambahnya pemakaian pelitup muka penting ketika berada di luar dan di kawasan sesak seperti dalam pengangkutan awam yang mana penjarakan sosial sukar diamalkan.

Bukti baharu menunjukkan peralatan pelindung diri ini berpotensi mengurangkan rantaian jangkitan sehingga 60%, katanya.

Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 1 Ogos. 

Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka tiga lapis kerana pelitup satu lapis tidak efektif. – 27 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen