Lelaki Bangladesh melecur dram dipotong meletup


SEORANG pekerja warga Bangladesh mengalami kecederaan parah selepas dram yang sedang dipotongnya terbakar sebelum meletup dan terkena lelaki itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Meranti hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata Mohamad Asabul, 41, yang mengalami kecederaan akibat melecur di beberapa bahagian badan dalam kejadian pada pukul 4.00 petang itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di lokasi, letupan berlaku semasa lelaki itu dipercayai sedang memotong sebuah dram yang mengandungi bahan “pencair”.

“Kerja-kerja pemotongan tong drum itu menyebabkan percikan api, sebelum berlaku kebakaran dan meletup, menyebabkan lelaki itu melecur di beberapa bahagian badan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama, 25 Julai, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen