21 kes baharu Covid-19, 3 pesakit pulih


Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas 40 jemaah tabligh yang baru pulang ke Malaysia selepas terkandas di India sejak Mac lalu. – Gambar fail The Malaysia, 24 Julai, 2020.

MALAYSIA hari ini melaporkan 21 kes baharu Covid-19 dengan lima daripadanya adalah kes import dan selebihnya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat tiga pesakit pulih menjadilah jumlah kes pemulihan sebanyak 8,577.

Sementara itu 21 kes baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 8,861.

Terdapat 161 kes aktif.

Dr Noor Hisham berkata tidak ada kematian dilaporkan dalam masa 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 123 orang. – 24 Julai, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen