Agensi berita perlu lesen untuk filemkan dokumentari, kata Finas


Ragananthini Vethasalam

Kakitangan Al Jazeera ketika hadir di ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk disoal siasat baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2020.

AGENSI berita mesti memiliki Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kata ketuanya Zakaria Abd Hamid.

Seksyen 22 (1) Akta Finas 1981 menetapkan lesen diperlukan daripada badan itu untuk menghasilkan, mempamerkan atau mengedarkan filem.

“Kedua-dua lesen ini diperlukan untuk semua penggambaran filem, dokumentari,” kata Zakaria kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai tindakan kerajaan terhadap saluran berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dokumentari mengkritik pengendalian migran tanpa dokumen oleh Putrajaya semasa perintah kawalan pergerakan susulan wabak Covid-19.

Katanya, Al-Jazeera mesti mempunyai lesen diperlukan untuk membuat filem dan menghasilkan dokumentari.

“Mereka adalah agensi berita tetapi untuk menghasilkan filem dan dokumentari, mereka mesti memohon lesen.”

Dokumentari dan program majalah berita yang memerlukan penggambaran juga termasuk dalam kategori penggambaran, tambah Zakaria.

Bagaimanapun, tidak jelas syarat itu juga terpakai kepada media sehinggalah tindakan kerajaan baru-baru ini terhadap Al Jazeera.

Soalan oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi juga dijadualkan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat untuk pagi ini.

Ahli Parlimen DAP itu bertanya kepada menteri komunikasi dan multimedia sama ada semua pembuat filem, termasuk pengeluar isi kandungan media arus perdana dan swasta yang menerbitkan filem di media sosial turut memerlukan lesen tersebut.

Zakaria berkata stesen swasta dan kedai berita seperti “TV3, Astro Awani dan lain-lain” mesti memiliki lesen yang diperlukan untuk membuat filem dokumentari.

“Ya, semua stesen swasta mempunyai lesen kecuali untuk kerajaan (agensi seperti) RTM dan Bernama.”

Katanya, pengeluaran dalaman oleh RTM dan Bernama disaring oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), oleh itu tiada keperluan untuk mendapatkan lesen tersebut.

“Tetapi jika RTM atau Bernama menggunakan khidmat luar bagi operasi mereka, maka syarikat berkenaan mesti mempunyai SPP.”

SPP mesti diperoleh berdasarkan projek, sementara lesen Pengeluaran Filem harus diperbaharui setiap tahun, tambah Zakaria. β€“ 23 Julai, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen