Hasrat Trump pindah kedutaan jejas konflik Palestin-Israel


Presiden AS Donald Trump memberitahu Presiden Palestin Mahmud Abbas menerusi telefon tentang hasratnya memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem. – Gambar AFP, 6 Disember, 2017.

RAJA Maghribi, Raja Mohammed VI memberi amaran kepada Presiden Donald Trump, membantah tindakan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci Jerusalem.

Trump memberitahu Presiden Palestin Mahmud Abbas menerusi telefon berkenaan hasratnya untuk memindahkan kedutaan dari Tel Aviv itu, kata Pejabat Abbas, semalam.

Dalam satu surat terbuka kepada presiden AS itu, Raja Mohammed VI meluahkan kebimbangan peribadinya dan “keresahan yang dirasai negara Arab dan umat Islam” apabila pemindahan kedutaan itu akan mengiktiraf bandar berkenaan sebagai ibu kota Israel.

Raja berkenaan menulis sebagai ketua 57 ahli jawatankuasa Al-Quds Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang melobi isu berkaitan bandar itu, yang dianggap suci oleh tiga agama utama dunia.

“Langkah terbaru itu akan memberi kesan negatif terhadap prospek keadilan dan penyelesaian komprehensif bagi konflik Palestin-Israel,” menurut surat itu.

Raja itu mendesak Trump mengelak sebarang tindakan yang boleh “menambah perasaan kecewa, yang menjadi asas ekstremisme dan keganasan”.

White House berkata, Trump dijadualkan bercakap mengenai status Jerusalem, hari ini. – AFP, 6 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen