UAE lancar kapal angkasa ke Marikh


Kapal angkasa 'Hope' atau 'Al-Amal' dalam Bahasa Arab dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima Jepun pada jam 6.58 pagi waktu tempatan. – Gambar AFP, 20 Julai, 2020.

KAPAL angkasa milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi misi penerokaan ke Marikh bejaya dilancarkan awal pagi tadi di Jepun.

“Hope” atau “Al-Amal” dalam Bahasa Arab dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima Jepun pada jam 6.58 pagi waktu tempatan.

Di Dubai, Pengurus Projek Misi ke Marikh UAE Sarah al-Amiri berkata perasaannya sukar digambarkan saat melihat kapal angkasa berjaya dilancarkan.

“Ini masa depan UAE,” kata Sarah, yang juga menteri sains kepada Dubai TV.

Projek diterajui UAE itu antara tiga misi kapal angkasa ke Marikh, termasuk Tianwen-1 dari China dan Mars 2020 milik Amerika Syarikat (AS)

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan AS (Nasa) menjangkakan planet Marikh akan berada sejauh 62.07 juta kilometer dari Bumi.

Kapal angkasa Hope dijangka mendarat di orbit Marikh pada Februari 2021, bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan UAE.

Misi penerokaan akan mengambil masa tujuh bulan ini adalah bagi mengkaji cuaca dan iklim di Marikh. – AFP, 20 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen