2 pencuri pelitup muka mati ditembak di lapangan terbang Johannesburg


DUA maut di lapangan terbang Johannesburg pada Sabtu ketika berlaku kejadian berbalas tembakan antara polis dan pencuri pelitup muka dan telefon bimbit, kata polis.

Afrika Selatan mempunyai jumlah kes koronavirus tertinggi di benua ini dengan hampir 5,000 kematian dan 350,000 jangkitan. Ia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai jenayah tertinggi di dunia.

“Sekumpulan suspek memasuki bahagian kargo di Lapangan Terbang O. R. Tambo dan mengancam kakitangan dengan senjata di salah satu gudang,” kata polis.

Ia menyebabkan berlakunya insiden kejar mengejar dan tembakan yang mengakibatkan dua suspek mati ditembak dan tujuh yang lain ditangkap.

Terdapat seorang individu yang berada berhampiran luka akibat peluru sesat. Polis berjaya menemui semula pelitup muka yang dicuri serta tiga kotak berisi telefon bimbit, selepas melakukan penggeledahan trak suspek. – AFP, 19 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen