Seleweng tender sekolah bukan masa Pakatan, kata Maszlee


Maszlee Malik mendedahkan beliau sering dianggap mengganggu proses tender ketika menjadi menteri pendidikan sedangkan ia bertujuan memastikan proses dijalankan secara telus dan bersih. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2020.

MAHADZIR Khalid yang menjadi menteri pendidikan antara 2016 dan 2018 harus bertanggungjawab terhadap penyelewengan tender bekalan makanan bermasak (BMB) di sekolah berasrama yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara awal minggu ini, kata Dr Maszlee Malik.

Bekas menteri pendidikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berkata penyelewengan itu adalah sebahagian daripada masalah proses tender di Kementerian Pendidikan, yang turut melibatkan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) dan kawalan keselamatan (PKK).


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen