Covid-19: Afrika Selatan catat 216 kematian dalam masa sehari


Seorang pekerja membersihkan lantai ketika melakukan proses pembasmian kuman di salon kecantikan di pusat bandar pada hari ke-94 wabak Covid-19 di Johannesburg, Afrika Selatan. – Gambar EPA, 17 Julai, 2020.

 COVID-19 di Afrika Selatan meragut 216 lagi nyawa, tertinggi dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban keseluruhan seramai 4,669, lapor agensi berita Xinhua, memetik kementerian kesihatan negara itu.

Sementara itu, keseluruhan jangkitan sebanyak 324,221 pertambahan sebanyak 13,172 lagi kes, kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize. 

Gauteng, wilayah terkecil tetapi padat dengan penduduk, paling teruk terjejas berbanding kesemua sembilan wilayah. Wilayah itu mencatatkan 5,181 kes baharu meningkatkan jumlah jangkitan menjadi 117,895.

Mkhize berkata jumlah kes sembuh di seluruh negara mencecah 165,591.

Sehingga kini, Afrika Selatan sudah menjalankan 2,324,923 ujian saringan Covid-19, terbaru sebanyak 46,796 ujian, tambah beliau. 

Afrika Selatan, negara paling teruk diancam Covid-19 di benua Afrika, mengatasi Britain dan Sepanyol dalam tempoh 48 jam lalu. Di seluruh dunia negara ini berada di kedudukan kelapan dalam jumlah jangkitan dan kelima untuk kes aktif. 

Bagaimanapun, kadar kematian antara terendah di seluruh dunia. β€“ Bernama, 17 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen