Khazanah catat keuntungan RM7.36 bilion di bawah Pakatan


Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan berkata pencapaian tahun lalu memboleh ia mengisytiharkan dividen RM1 bilion untuk 2019. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Julai, 2020.

KHAZANAH Nasional Bhd mencatatkan keuntungan sebanyak RM7.36 bilion bagi tahun pertama operasi di bawah “mandat diperbaharui” daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019.

Ia dibandingkan dengan kerugian RM6.27 bilion pada 2018 dan keuntungan RM2.896 bilion pada 2017, kata dana pelaburan strategik negara itu dalam laporan tahunan 2019.

“Khazanah, pada tahun kewangan penuh pertama mandat kami yang diperbaharui, melaporkan perubahan prestasi keseluruhan bagi 2019 dengan mencatatkan keuntungan daripada operasi yang disumbangkan oleh keuntungan pelupusan lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah, dan pulangan portfolio yang kukuh,” kata pengarah urusannya Shahril Ridza Ridzuan.

Keuntungan didorong oleh pelupusan yang tinggi, naik kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion, dan rosot nilai lebih rendah pada RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun 2018.

Pencapaian ini membolehkan Khazanah mengisytiharkan dividen RM1 bilion untuk 2019, kata laporan itu.

Di samping itu, kos operasi Khazanah turun 28.2% kepada RM484 juta, sementara hutang kasar berkurangan sebanyak 17.0% kepada RM45.8 bilion.

Perlindungan  Nilai Aset Boleh Tunai Khazanah, yang merujuk kepada nilai pasaran semua asetnya, juga meningkat kepada 3 kali ganda berbanding 2.4 kali. – 7 Julai, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen