8 maut, 2 pesawat bertembung di Idaho 


LAPAN dikhuatiri terbunuh selepas dua pesawat bertembung di udara sebelum terhumban ke dalam Tasik Coeur d’Alene di barat laut Idaho, Amerika Syarikat, lapor agensi berita Xinhua.

Nahas udara itu berlaku kira-kira 2.20 petang waktu tempatan (2120 GMT) pada Ahad, menurut kenyataan Pejabat Syerif  daerah Kootenai.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata dua mayat ditemukan di tempat kejadian, sementara enam termasuk kanak-kanak masih hilang.

“Laporan awal mendedahkan nahas itu membabitkan lapan penumpang dan anak kapal tetapi jumlah sebenar masih belum disahkan. Setakat ini tiada mangsa dipercayai selamat,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 6 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen