Angka kematian Covid-19 di Mexico meningkat


Petugas kesihatan memakai topeng muka dan sarung tangan ketika dia mengambil suhu badan pemandu yang melintasi Jambatan Antarabangsa Cordova Amerika dari Amerika Syarikat di Ciudad Juarez, Mexico. – Gambar EPA, 5 Julai, 2020.

ANGKA kematian akibat Covid-19 di Mexico meningkat kepada 30,366 semalam melepasi Perancis yang menjadi antara lima negara dengan jumlah kematian tertinggi di dunia, menurut kementerian kesihatan.

“Sehingga hari ini seramai 30,366 orang disahkan positif Covid-19 sudah meninggal dunia,” kata Jose Luis Alomia, Pengarah Kebangsaan Jabatan Epidemiologi Kementerian Kesihatan kepada media.

AS kekal sebagai negara paling terjejas teruk akibat Covid-19 diikuti oleh Brazil, Britain dan Itali.

Alomia juga melaporkan 252,165 kes dengan jumlah jangkitan meningkat 6,914 sejak Jumaat – angka harian yang dicatatakan sejak Covid-19 melanda Mexico.

Amerika Latin dengan 127 juta penduduk sudah mengatasi Sepanyol dalam jumlah kematian pada Rabu.

Di Amerika pusat wabak ini adalah negara ketiga yang paling terjejas selepas AS dan Brazil.

Pada akhir Mei Hugo Lopez Gatell, wakil menteri kesihatan yang bertanggungjawab memerangi pandemic itu berkata kepada AFP dalam satu temubual bahawa jika tindakan pencegahan tidak diambil, jumlah kematian akan meningkat kepada kira-kira 30,000.

Mexico City merupakan pusat bandar yang paling terjejas tetapi tidak menghalang pihak berkuasa perbandaran untuk memulakan pembukaan semula ekonomi separa pada awal Julai. – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen