Afrika Selatan lapor lebih 10,000 kes Covid-19 dalam 24 jam


Afrika Selatan bergelut mencari keseimbangan menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonominya. – Gambar AFP, 5 Julai, 2020.

AFRIKA Selatan semalam melaporkan lebih 10,000 kes jangkitan baharu Covid-19, tertinggi untuk negara itu yang kini berdepan lonjakan jangkitan.

Data harian terbaru dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan 10,853 kes Covid-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan kes sejak mula dikesan Mac lalu kepada 187,977.

Jumlah korban pula seramai 3,026 selepas 74 kematian terbaru dilaporkan.

Pihak berkuasa kesihatan menjangkakan lonjakan kes selepas pelonggaran perintah berkurung yang mula dikuatkuasa 27 Mac lalu.

Dengan ekonomi negara dijangka menguncup lebih tujuh peratus tahun ini kerana wabak Covid-10- kelembapan terburuk dalam tempoh 90 tahun- kerajaan bergelut mahu menyeimbangkan nyawa dan ekonomi.

“Apa yang kita perlu cari adalah keseimbangan, menyelamatkan nyawa rakyat dan memelihara kehidupan, keseimbangan yang sangat rumit,” kata Presiden Cyril Ramaphosa pada Jumaat.

Negara paling maju ekonomi di benua Afrika itu kini mempunyai jumlah kes Covid-19 tertinggi di benua itu. – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen