Zuckerberg setuju jumpa aktivis, tak tunduk kepada boikot iklan


Mark Zuckerberg akan berjumpa aktivis untuk membincangkan amalan dan dasar kandungan Facebook. – Gambar AFP, 5 Julai, 2020.

PENGASAS Facebook Mark Zuckerberg bersetuju untuk berjumpa aktivis untuk membincangkan dasar kandungan gergasi media sosial itu dan pada masa sama bertegas akan bertahan daripada tunduk kepada tekanan boikot pengiklan, kata syarikat pada Khamis.

Berita itu dikeluarkan ketika tekanan semakin meningkat untuk mendesak gergasi media sosial itu bertindak ke atas kandungan perkauman dan keganasan, yang semakin meraih sokongan dengan lebih 650 pengiklan sudah memboikot Facebook.

Zuckerberg memberitahu pekerja yang mesyuarat minggu ini yang boikot itu tidak akan memberi kesan besar dan kebanyakan pengiklan “akan kembali tidak lama lagi”, menurut laporan dikeluarkan The Information dan disahkan AFP.

CEO Facebook itu melaporkan yang beliau tidak akan mengubah dasar hanya kerana “ugutan” ke atas perolehan pendapatannya tetapi berdasarkan “hak yang betul” untuk komuniti Facebooknya.

“Kita tidak akan mengubah dasar atau pendekatan kita tentang apa pun kerana ugutan ke atas sejumlah kecil perolehan kita, atau mana-mana peratusan perolehan kita,” katanya.

“Kita akan buat apa yang difikirkan baik yang kita fikir terbaik untuk komuniti.”

Seorang jurucakap Facebok yang ditanya mengenai tekanan itu, menerusi email berkata: “Kami mempertimbangkan perkara ini dengan serius dan menghormati maklum balas rakan kami…tetapi seperti yang kami kata, kami buat perubahan dasar berasaskan prinsip, bukan tekanan perolehan.”

Jurucakap berkata Zuckerber bersetuju untuk menyertai mesyuarat dengan pemimpin aktivis termasuklah dari NAACP, Anti-Defamation League dan Color of Change bagi membincangkan amalan Facebook.

“Mereka meminta Mark menyertai mesyuarat, dan kami sudah sahkan Mark akan sertai,” kata kenyataan.

The Washington Post melaporkan yang mesyuarat akan berlaku pada Isnin.

Kumpulan itu mendesak eksekutif kanan media sosial itu menilai “produk dan dasar diskriminasi, bias dan kebencian” menurut kenyataan kempen Stop Hate for Profit serta audit bebas “untuk mengenal pasti kebencian dan salah maklumat.” – AFP, 5 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen