Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat


Seorang penjaga tradisional Bali yang dikenali sebagai Pecalang mengambil suhu badan seorang pengunjung sebelum dibenarkan memasuki kuil semasa upacara Saraswati di Bali, Indonesia. – Gambar EPA, 4 Julai, 2020.

KES positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 62,142 kes, setelah terdapat 1,447 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 53 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat virus itu kini 3,089 orang.

“Jumlah kes positif kini 62,142 kes, sebanyak 14,205 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 996 kes, diikuti Jakarta (643 kes), Kalimantan Selatan (198) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.  – Bernama, 4 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen