2 dikhuatiri maut, 13 hilang akibat hujan lebat di barat Jepun


Seorang lelaki melihat Sungai Kuma yang melimpah akibat hujan lebat di Yatsushiro, Kumamoto, barat daya Jepun. Pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk memindahkan lebih 76,000 penduduk. – Gambar EPA, 4 Julai, 2020.

SEKURANG-KURANGNYA dua orang dikhuatiri maut dan 13 yang lain hilang di barat Jepun hari ini akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir besar serta tanah runtuh.

Kejadian itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk memindahkan lebih 76,000 penduduk.

Agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran tahap tertinggi berhubung hujan lebat di Kumamoto dan Kagoshima dekat pulau Kyushu.

Abe memerintahkan 10,000 tentera bersiap sedia untuk dikerahkan dalam operasi menyelamat dan pemulihan serta berjanji akan “melakukan yang terbaik untuk mengambil tindakan kecemasan, mengutamakan nyawa orang”.

Dua orang ditemui “dalam penangkapan pernafasan kardio” dan seorang lagi hilang di tanah runtuh di Kumamoto, kata Naosoka Miyahara, seorang pegawai pengurusan bencana di wilayah itu menggunakan istilah yang sering digunakan di Jepun sebelum seorang doktor mengesahkan kematian.

Penyiar awam NHK berkata kira-kira 100 orang terkandas apabila jalan raya terputus akibat banjir dan tanah runtuh.

Rakaman televisyen menunjukkan kenderaan berpusu-pusu di tempat letak kereta berhampiran sungai yang sudah dinaiki air sementara beberapa jambtan juga dilihat sudah hanyut.

Rakaman udara menunjukkan seorang penduduk diangkat dengan tali dari bumbung ke helikopter tentera kerana seluruh bandar dihanyutkan air lumpur,

Tanag runtuh itu turut meranapkan beberapa rumah menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa mencari orang hilang melalui tingkap separuh terbuka.

“Kami sudah mengeluarkan perintah evakuasi akibat hujan lebat,” kata Toshiaki Mizukami seorang pegawai di Kumamoto.

“Kami mendesak orang ramai mengambil tindakan melindungi nyawa kerana hujan masih belum reda,” katanya kepada AFP.

Kyodo News berkata seramai 76,600 penduduk di Kumamoto dan Kagoshima diperintahkan untuk mengosongkan rumah mereka.

Beberapa perkhidmatan kereta api digantung di wilayah ini sementara lebih 8,000 isi rumah hilang bekalan elektrik.

Jepun kini berdepan musim hujan yang sering menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta mendorong pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah evakuasi. – AFP, 4 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen