165,000 hektar kawasan hutan di Rusia terbakar


Sejak tujuh hari lalu, lebih 530 kebakaran hutan di kawasan seluas lebih 20,000 hektar di Rusia berjaya dipadamkan. – Gambar AFP, 29 Jun, 2020.

KAWASAN seluas 165,831 hektar di Rusia musnah dijilat api dan usaha memadam kebakaran sedang giat dilakukan, lapor agensi berita Xinhua, memetik data rasmi pada Isnin.

Kebakaran itu membabitkan kawasan seluas 41,284 hektar di Semenanjung Chukotka, 40,262 hektar di Semenanjung Kamchatka dan 36,140 di Wilayah Magadan, kata perkhidmatan perlindungan hutan dalam satu kenyataan.

Kebakaran hutan juga dilaporkan di Siberia, di rantau Transbaikal dan beberapa wilayah lain.

Misi memadam kebakaran melibatkan 3,340 anggota, menggunakan 512 jenis peralatan dan 45 pesawat, katanya.

Tambah beliau sejak tujuh hari lalu, lebih 530 kebakaran hutan di kawasan seluas lebih 20,000 hektar berjaya dipadamkan. – Bernama, 29 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen